Semoga kita dapat mengambil kebaikan bersama di sabalik kisah ini.
Yang baik datang dari Allah, Yang kurang dan lemah dari diri ana sendiri...
Enjoy..>_<
.............................................................................................................
Album-album gambar dibelek. Gambar-gambar semasa sekolah ditatap satu persatu.
Kenangan lama menjadi ingatan. Ada yang membuatkan kita tersenyum dan juga
sebaliknya.Pelbagai memori pahit dan manis yang telah dilalui bersama membuatkan
mereka menjadi matang dan mengeratkan lagi hubungan antara mereka.
Ukhuwah mereka hanya dapat dirasai kerana satu.
Keimanan.
'Hmmmm…Rindunya…'Dia tersenyum.Hanya satu cara nak lepaskan rindu. Iman mengambil
kunci motor di atas meja.
“Umi…Iman nak keluar jap.”Iman menyalam tangan ibunya.
.............................................................................................................
Kau ada tak jumpa Abang Iman tadi?
“Abang Iman yang mana ni?”
“Alaa…yang pakai baju melayu merah, tinggi dia sederhana, tak tinggi tak rendah.”
“Ciri-ciri yang kau cakap tu kan macam mamat yang solat sebelah aku tadi la. Kenapa?
Mamat tu siapa. Akutengok dia macam lain pula. Selama ni tak pernah nampak pun.”
“Kau rasa apa.”
“Entah. Habis sahaja mengaminkan doa, aku baru nak bangun tapi dia hulurkan tangan. Aku
pun hulurkan tangan nak salam tapi.......dia terus rangkul bahu aku dan peluk aku.”
‘Rasa macam seorang abang peluk seorang adik.’Izat bermonolog dalam hatinya.
“Dia ada tegur aku juga.”
Dia teringat perbualannya dengan Abang Iman.
‘Macam mana Usrah dik, best tak?’
‘Bosan. Abang-abang tak mesra’
“Dari wajah Abang Iman tadi dia macam terkejut bila
aku jawab macam tu. Kenapa? Kenapa dia tanya
tentang Usrah pula?”
“Memanglah dia terkejut sebab masa zaman dia suasana di Maahad sangat lain. Berbeza dari
apa yang kau lihat sekarang.”
“Berbeza macam mana?”
“Ukhuwah Islamiyah mereka sangat kuat. Erat .Ibarat tali yang tersimpul. Kalau kau lihat
mereka macam adik beradik. Apabila senior jumpa junior mereka senyum, junior pula beri
salam pada senior.Kadang-kadang senior yang tegur adik-adik dulu. Solat berjemaah semua
datang awal. Kau tahu sebab apa? Setiap kali sebelum solat , yang senior-senior ni akan
ajak yang junior-junior diorang sekali pergi masjid. Diorang akan pastikan asrama kosong
10minit sebelum azan berkumandang.”
Macam mana diorang buat junior tu dengar cakap dia orang? Budak dorm aku nak bagi salam
pun berat mulut.”
“Mereka ditarbiyyah masa USRAH.”
“USRAH?”
“ A,ah.”
“Pernah sekali mereka ditanya ,’junior tak ‘pijak kepala’
ke?’.
Kau tahu tak jawapan mereka apa? Mereka kata
macam ni.
'Kenapa mesti ada jurang? Senior,junior,batch sana,batch sini, masing-masing hal sendiri.
Sedangkan Allah swt telah berfirman,'Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara'. Kita
semua disatukan dengan satu kalimah iaitu Kalimah Syahadah. Apabila dia seorang
Islam maka dia ialah saudara kita. Inilah yang dikatakan yang tua dihormati dan yang muda
disayangi. Abang-abang dan kakak-kakak mestilah menunjukkan contoh yang baik kepada
adik-adik.
“Macam mana ukhuwah mereka boleh mantap macam tu?”
“ Sebab iman di dalam hati mereka telah menyatukan hati-hati mereka”
“Kau tahu tak masa mereka tingkatan tiga, merekalah batch paling bermasalah walaupun
pada tahun tersebut mereka akan menduduki peperiksaan. Tetapi apabila keluar keputusan,
pecah rekod sekolah. 105 orang dapat 9A. Aku rasa sebab mereka ada ramuan tambahan.”
“Ramuan tambahan?”
“Solat Hajat dan Dhuha.”
Pelajar-pelajar panggil dia abah. Dia selalu bagi tazkirah di masjid. Masa tahun tu moto
sekolah Membina Insan Rabbani Berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah menjelang tahun 2013.
Tahun 2013 tu masa batch mereka tingkatan lima. Masa mereka tingkatan empat banyak
aktiviti yang telah dijalankan yang sangat membina untuk menjadi insan rabbani. Aku rasa
harapan abah tu telah termakbul.”
Izat diam. Dia dapat melihat peribadi abang Iman tadi.
“Eh, macam mana kau tahu semua cerita ni ha?”
“Adalah, rahsia”.Aiman mengenyitkan matanya pada Izat.
Ishhh….Sudahlah.Aku nak pergi depan, bila nak start tazkirah ni…..
Aiman keluar. Dia menuju ke arah seorang lelaki di pondok.
“Jauh termenung.Ingat pada siapa?”
“Sahabat. Memori lama.Kenangan terindah. Usrah.”
Mereka sama –sama memandang langit.Kosong. Hidup kita akan kosong tanpa sahabat.
Sahabat itu bagai bintang di langit, walau jauh dia tetap akan bersinar. Walau tidak bisa
dimiliki, dia akan selalu dihati. Meskipun terkadang dia hilang, dia akan tetap selalu dihati
dan akan terkenang dihati dan tak akan pernah hilang disebalik awanan yang kelam. Sekali
bersahabat, selamanya di hati.
.............................................................................................................
5 tahun lalu…..
“Iman , jom masuk USRAH.”
“USRAH? Tak naklah . tak best.”
“Ini USRAH luar . Jomlah…...” Amir menunjukkan muka memujuk sambil mengelipkan-
ngelipkan mata….
“Kenapa kau ajak aku masuk USRAH pula ni.”
“Jomlah….Petang ni pukul 5.30 di masjid. Datang tau.”
“Aku tak cakap ya pun.”Iman memandang belakang Amir yang semakin jauh.
Masa pertama kali Usrah…..
Ahli Usrah ada 9 orang. Abang tu perkenalkan dirinya sebagai Abang Mujahid.Dia pelajar
Medic dari Jordan. Sekarang tengah cuti.Bagus betul cuti-cuti bagi tazkirah kat budak.
Kalau aku lebih baik pergi lepak dengan kawan lama. Tak adalah bosan sangat.
Lepas dia perkenalkan diri , kita orang pula perkenalkan diri seorang demi seorang.
Abang Mujahid bertanya pada kami semua.
‘Apa khabar Hati? Iman?’ .
Tiba-tiba Amir menangis. Dia meluahkan perasaan yang telah terbuku dalam hatinya.
“Abang hati saya kotor, hati saya sakit, selama ini saya lalai, leka, saya dan tingkatan 4
tapi saya tak amalkan apa yang saya tahu,saya abaikan perintah Allah, selama ini hidup saya
sia-sia, saya tak manfaatkan betul-betul….Saya tahu hidayah Allah kita kena cari bukan
tunggu je. Tapi saya tak pasti tentang apa yang saya perlu lakukan…Apa saya perlu buat?
Sa..sa..ya rasa kosong sangat…..Ya Allah…”
Aku terkedu.Selama ini Amir duduk di masjid seorang-seorang sebab dia nak berubah.Inikah
sebab Amir mengajak aku masuk Usrah…..
Abang Mujahid menasihati kami sebelum kami berpisah.
“Cahaya hanya akan memasuki hati yang bersih. Banyakkanlah beristighfar memohon
keampunan daripada Allah agar hati kita bersih.Sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari
jangan kurang dari itu.”
Dalam Usrah , Aku diingatkan tentang tujuan aku dijadikan .
2 sebab je kenapa manusia dijadikan di atas muka bumi ini.
Yang pertama, sebagai Hamba Allah….
Dan yang kedua, sebagai Khalifah….
Setiap kali Usrah, kami semua akan ditanya tentang Hati, Iman, Apa
khabar Hati? Apa khabar Iman? Amal Fardhi?
Baru aku faham kenapa amal fardhi kena jaga sebab semua amalan-amalan itu untuk
mertarbiyyah diri kita untuk mendapatkan kesempurnaan Iman.
“Tarbiyyah is not everything, but everything start with tarbiyyah”
Segalanya bermula dengan tarbiyyah.
Aku paksa diri ini untuk berubah dan perbaiki diri.
Paksa diri untuk.......
- Solat pada awal waktu …secara berjemaah…di sekolah masih terjaga tapi kalau di rumah
…….hmmm….naik turun.
- - Membaca al-Quran setiap hari.
- - Solat sunat Dhuha
- -Solat sunat qabliah adan ba’diah
- -Bacaan Al-ma’thurat
Dan….
- -Qiyamullail….
Aku tanya abang Mujahid ,kenapa kadang-kadang aku tertinggal
amal fardhi…….
“Mungkin sebab kamu kurang berdoa kepada Allah….
Hidayah itu milik Allah bukan? Jadi mintalah daripadanya selalu.”
Al Ummah, beliau telah berkata “Indikasi terkabulnya doa adalah semakin ringan beramal
shalih, tertarik dengan segala ketaatan, selalu berhasrat untuk berbuat baik, takut balasan
maksiat, dan tersentuh ketika mendengar bacaan Al-Quran, hadits, dan ilmu-ilmu lain yang
bermanfaat.”
Hmmmm….USAHA DAN DOA yang berterusan…..kemudian kita BERTAWAKAL kepada Allah ...
Lama-lama kita rasa senang untuk melakukan ibadah , solat rasa enak,baca al-Quran,
Ma’thurat, Qiyamullail….Kalau tertinggal rasa tak sedap hati.
Kena istiqamah dengan semua ni.
Hubungan dengan Allah kena sentiasa dijaga….
Tapi tak lupa juga hubungan dengan manusia pun kena jaga….
Kadang –kadang antara ahli usrah ada yang tidak sependapat dan persefahaman.
Satu hari kita orang kena ‘brainwash’ oleh Abang Mujahid.
“Keikhlaskan hati penting dalam persahabatan,kita bersahabat kerana
………………………………………………………….................................................................
……………………………………………………………………….......................................................
…………………………………………………….. dan nikmat paling manis adalah apabila Allah
mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian namun tautan ukhuwah mampu berhadapan
dengan sejuta kesulitan yg memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul
ukhwah kesungguhan dlm berjuang melalui tautan hati..”
Sebelum habis , kita orang minta maaf antara satu sama lain.
Semua pahit dan manis yang telah kami lalui bersama.
"Abang! Bila abang nak balik bila ni? Dah pukul 10.00 malam."
Iman senyum pada adiknya.
"Jom, tidur di masjid. Ajak kawan-kawan kamu sekali.Kita buat Mabit."
"Ha! Cikgu...."
Iman menunjukkan jari peace.
'Abang aku ni terlalu banyak agenda dalam fikirannya.'