Thursday 15 March 2012

Cerpen : Cebisan Kenangan~

 Assalamualaikum wbh...

Aku titipkan kisah ini buat sahabat-sahabat aku,
Semoga kita dapat mengambil kebaikan bersama di sabalik kisah ini.
Yang baik datang dari Allah, Yang kurang dan lemah dari diri ana sendiri...
Enjoy..>_<

.............................................................................................................






Album-album gambar dibelek. Gambar-gambar  semasa sekolah ditatap satu persatu. 

Kenangan lama menjadi ingatan. Ada yang membuatkan kita tersenyum dan juga 

sebaliknya.Pelbagai memori pahit dan manis yang telah dilalui bersama membuatkan 

mereka menjadi matang dan mengeratkan lagi hubungan antara mereka.

Ukhuwah mereka hanya dapat dirasai kerana satu. 

Keimanan.

'Hmmmm…Rindunya…'Dia tersenyum.Hanya satu cara nak lepaskan rindu. Iman mengambil 

kunci motor di atas meja.

“Umi…Iman nak keluar jap.”Iman menyalam tangan ibunya.

.............................................................................................................

Kau ada tak jumpa Abang Iman tadi?

“Abang Iman yang mana ni?”

“Alaa…yang pakai baju melayu  merah, tinggi dia sederhana, tak tinggi tak rendah.”

“Ciri-ciri yang kau cakap tu kan macam mamat yang solat sebelah aku tadi la. Kenapa? 

Mamat tu siapa. Akutengok dia macam lain pula. Selama ni tak pernah nampak pun.”

“Kau rasa apa.”

“Entah. Habis sahaja mengaminkan doa, aku baru nak bangun tapi dia hulurkan tangan. Aku 

pun hulurkan tangan nak salam tapi.......dia terus rangkul bahu aku dan peluk aku.”

‘Rasa macam  seorang abang peluk seorang adik.’Izat bermonolog dalam  hatinya.

“Dia ada tegur aku juga.”

Dia teringat perbualannya dengan Abang Iman.

‘Macam mana Usrah dik, best tak?’

‘Bosan. Abang-abang tak mesra’

“Dari wajah Abang Iman tadi dia macam terkejut bila 

aku jawab macam tu. Kenapa? Kenapa dia tanya 

tentang Usrah pula?”


“Memanglah dia terkejut sebab masa zaman dia suasana di Maahad sangat lain. Berbeza dari

 apa yang kau lihat sekarang.”

“Berbeza macam mana?”

“Ukhuwah Islamiyah mereka sangat kuat. Erat .Ibarat tali yang tersimpul. Kalau kau lihat 

mereka  macam adik beradik. Apabila senior jumpa junior mereka senyum, junior pula beri 

salam pada senior.Kadang-kadang senior yang tegur adik-adik dulu. Solat berjemaah semua 

datang awal. Kau tahu sebab apa?  Setiap kali sebelum solat , yang senior-senior ni akan

 ajak yang junior-junior diorang sekali pergi masjid. Diorang akan pastikan asrama kosong 

10minit sebelum azan berkumandang.”

Macam mana diorang buat junior tu dengar cakap dia orang? Budak dorm aku nak bagi salam 

pun berat mulut.”


“Mereka ditarbiyyah masa USRAH.”


“USRAH?”

“ A,ah.”

“Pernah sekali mereka ditanya ,’junior tak ‘pijak kepala’ 

ke?’.

Kau tahu tak jawapan mereka apa? Mereka kata 

macam ni.

'Kenapa mesti ada jurang? Senior,junior,batch sana,batch sini, masing-masing hal sendiri. 

Sedangkan Allah swt telah berfirman,'Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara'. Kita 

semua disatukan dengan satu kalimah iaitu Kalimah Syahadah. Apabila dia seorang 


Islam maka dia ialah saudara kita.  Inilah yang dikatakan yang tua dihormati dan yang muda

 disayangi. Abang-abang dan kakak-kakak mestilah menunjukkan contoh yang baik kepada 

adik-adik.

“Macam mana ukhuwah mereka boleh mantap macam tu?”

“ Sebab iman di dalam hati mereka telah menyatukan hati-hati mereka”

“Kau tahu tak masa mereka tingkatan tiga, merekalah batch paling bermasalah walaupun 

pada tahun tersebut mereka akan menduduki peperiksaan. Tetapi apabila keluar keputusan,

 pecah rekod sekolah. 105 orang dapat 9A. Aku rasa sebab mereka ada ramuan tambahan.”

“Ramuan tambahan?”

“Solat Hajat dan Dhuha.”

“Kau nak tahu tak...Semasa mereka  tingkatan dua, pengetua  nama dia Ustaz Ibrahim. 

Pelajar-pelajar panggil dia abah. Dia selalu bagi tazkirah di masjid. Masa tahun tu moto 

sekolah Membina Insan Rabbani Berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah menjelang tahun 2013. 

Tahun 2013 tu masa batch mereka  tingkatan lima.  Masa mereka tingkatan empat  banyak 

aktiviti yang telah dijalankan yang sangat membina untuk menjadi insan rabbani. Aku rasa 

harapan  abah tu telah termakbul.”

Izat diam. Dia dapat melihat peribadi abang Iman tadi.

“Eh, macam mana kau tahu semua cerita ni ha?”

“Adalah, rahsia”.Aiman mengenyitkan matanya pada Izat.

Ishhh….Sudahlah.Aku nak pergi depan, bila nak start tazkirah ni…..

Aiman keluar. Dia  menuju ke arah seorang lelaki di pondok.

“Jauh termenung.Ingat pada siapa?”

“Sahabat. Memori lama.Kenangan terindah. Usrah.”

Mereka sama –sama memandang langit.Kosong. Hidup kita akan kosong  tanpa sahabat. 

Sahabat itu bagai bintang di langit, walau jauh dia tetap akan bersinar. Walau tidak bisa 

dimiliki, dia akan selalu dihati. Meskipun terkadang dia hilang, dia akan tetap selalu dihati 

dan akan terkenang dihati dan tak akan pernah hilang disebalik awanan yang kelam. Sekali 

bersahabat, selamanya di hati. 

.............................................................................................................

5 tahun lalu…..

         “Iman ,  jom masuk USRAH.”

“USRAH? Tak naklah . tak best.”

“Ini USRAH luar . Jomlah…...” Amir menunjukkan muka memujuk sambil mengelipkan-

ngelipkan mata….

“Kenapa kau ajak aku masuk USRAH pula ni.”

“Jomlah….Petang ni pukul 5.30 di masjid. Datang tau.”

“Aku tak cakap ya pun.”Iman memandang belakang Amir yang semakin jauh.

Masa  pertama kali  Usrah…..

Ahli Usrah ada 9 orang. Abang tu perkenalkan dirinya sebagai Abang Mujahid.Dia pelajar 

Medic  dari Jordan. Sekarang tengah cuti.Bagus betul cuti-cuti  bagi tazkirah kat budak. 

Kalau aku lebih baik pergi  lepak dengan kawan lama. Tak adalah bosan sangat.

Lepas dia perkenalkan diri , kita orang pula perkenalkan diri seorang demi seorang.

Abang  Mujahid  bertanya pada kami semua.

‘Apa khabar Hati? Iman?’ .

Tiba-tiba Amir menangis. Dia meluahkan perasaan yang telah terbuku dalam hatinya.

“Abang  hati saya kotor, hati saya sakit, selama ini saya lalai, leka, saya  dan tingkatan 4

 tapi saya tak amalkan apa yang saya tahu,saya abaikan perintah Allah, selama ini hidup saya

 sia-sia, saya tak manfaatkan betul-betul….Saya tahu hidayah Allah kita kena cari bukan 

tunggu je. Tapi saya tak pasti tentang apa yang saya perlu lakukan…Apa saya perlu buat? 

Sa..sa..ya rasa kosong sangat…..Ya Allah…”

Aku terkedu.Selama ini Amir duduk di masjid seorang-seorang  sebab dia nak berubah.Inikah

 sebab Amir mengajak aku masuk Usrah…..


Abang Mujahid menasihati kami sebelum kami berpisah.

“Cahaya hanya akan memasuki hati yang bersih. Banyakkanlah beristighfar  memohon 

keampunan daripada Allah agar hati kita bersih.Sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari 

jangan kurang dari itu.”

Dalam Usrah , Aku diingatkan tentang tujuan aku dijadikan .

2 sebab je kenapa manusia dijadikan di atas muka bumi ini.

Yang pertama, sebagai Hamba Allah….
Dan yang kedua, sebagai Khalifah….
  
Setiap kali Usrah, kami semua akan ditanya tentang Hati, Iman, Apa

 khabar Hati? Apa khabar Iman? Amal Fardhi?

Baru aku faham kenapa  amal fardhi kena jaga  sebab semua amalan-amalan itu untuk 

mertarbiyyah diri kita untuk mendapatkan kesempurnaan Iman.

“Tarbiyyah is not everything, but everything start with tarbiyyah”

Segalanya bermula dengan tarbiyyah.

Aku paksa diri ini untuk berubah dan perbaiki diri.

Paksa diri untuk.......

-   Solat  pada awal waktu …secara berjemaah…di sekolah masih terjaga tapi kalau di rumah 

…….hmmm….naik turun.
-       -  Membaca al-Quran setiap hari.
-        - Solat sunat Dhuha
-         -Solat sunat  qabliah adan ba’diah
-         -Bacaan Al-ma’thurat

Dan….

-         -Qiyamullail….

Aku tanya abang Mujahid ,kenapa kadang-kadang aku tertinggal 

amal fardhi…….

“Mungkin sebab kamu kurang berdoa kepada Allah….

Hidayah itu milik Allah bukan? Jadi mintalah daripadanya selalu.”

Abang Mujahid memberitahu kami kata-kata Raghid As-Sirjani dari kitab Risalatu ila shabab

 Al Ummah, beliau telah berkata “Indikasi terkabulnya doa adalah semakin ringan beramal

 shalih, tertarik dengan segala ketaatan, selalu berhasrat untuk berbuat baik, takut balasan

 maksiat, dan tersentuh ketika mendengar bacaan Al-Quran, hadits, dan ilmu-ilmu lain yang

 bermanfaat.”


Hmmmm….USAHA DAN DOA yang berterusan…..kemudian kita BERTAWAKAL kepada Allah ...

Lama-lama kita rasa senang  untuk melakukan ibadah , solat rasa enak,baca al-Quran, 

Ma’thurat, Qiyamullail….Kalau tertinggal rasa  tak sedap hati.


Kena istiqamah dengan semua ni.

Hubungan dengan Allah kena  sentiasa dijaga….

Tapi tak lupa juga  hubungan dengan manusia pun kena jaga….

Kadang –kadang  antara ahli usrah ada yang  tidak sependapat dan persefahaman.

Satu hari kita orang kena ‘brainwash’ oleh Abang Mujahid.

“Keikhlaskan hati  penting dalam persahabatan,kita bersahabat kerana

………………………………………………………….................................................................

……………………………………………………………………….......................................................

…………………………………………………….. dan nikmat paling manis adalah apabila Allah

mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian namun tautan ukhuwah mampu berhadapan 

dengan sejuta kesulitan yg memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul 

ukhwah kesungguhan dlm berjuang melalui tautan hati..”

Sebelum  habis , kita orang minta maaf  antara satu sama lain.

Semua pahit dan manis yang telah kami lalui bersama.



"Abang! Bila abang nak balik bila ni? Dah pukul 10.00 malam."

Iman senyum pada adiknya.

"Jom, tidur di masjid. Ajak kawan-kawan kamu sekali.Kita buat Mabit."

"Ha! Cikgu...."

Iman menunjukkan jari peace.

'Abang aku ni terlalu banyak agenda dalam fikirannya.'